TERKINI
Politik

Zahid masuk PN sebab nak pantau kerajaan

December 26, 2020 8:22 pm – Arman Danial
PASIR SALAK: Kesediaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganggotai Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) adalah bertujuan untuk memantau dasar yang dibuat kerajaan.
Tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, ia bukanlah kerjasama politik antara parti, sebaliknya untuk memastikan dasar yang dilaksanakan itu menguntungkan rakyat dan tidak menjadi pertikaian.
Menurutnya, secara tidak langsung UMNO juga terlibat di dalam pembuatan dasar kerana wakil rakyat parti itu turut menganggotai kerajaan PN.
“Suka atau tidak suka, wakil-wakil rakyat UMNO duduk bersama dengan PN, kita tidak bekerjasama dari segi politik antara parti dengan parti tetapi dari segi kerajaan wakil rakyat kita yang juga wakil rakyat UMNO yang menyertai, menyokong Perikatan Nasional.
“Takkan nak biarkan kerajaan PN ni buat sesuka hati, rugilah kita. Jadi secara langsung tak langsung, kita ada kepentingan memantau dasar-dasar kerajaan PN yang ada hari ni sehinggalah tamat,” katanya.

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid