spot_img
spot_img

Hanya pengimport Islam boleh bawa masuk daging HALAL

spot_img
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menjalankan pengawasan dengan sentiasa mengikuti rapat industri daging import supaya tidak menjadi sindiket kartel daging bagi memastikan tahap halal makanan umat Islam di negara ini.
Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Johor Bahru, Razrul Anwar Rusli menegaskan, kerajaan mesti bertegas dalam mengembalikan kepercayaan umat Islam dan industri makanan keseluruhan.
“Makanan akan menjadi darah daging manusia. Bagi umat Islam ia menentukan kesucian keturunan kita. Kita amat marah dengan apa yang terjadi sekarang ini”, ujarnya.
Menurut beliau, tidak hanya kerajaan perlu membawa mereka yang bertanggungjawab ke hadapan dan membatalkan permit mereka, tetapi langkah seterusnya untuk memastikan ia tidak berulang amat penting.
“Pastikan selepas ini, jika boleh atas kebijaksanaan pemimpin Islam kita, agar pengimport makanan khusus sektor halal, wajib diuruskan oleh pengusaha Islam sahaja. Setidak-tidaknya rasa tanggungjawab di dunia dan akhirat ada di dalam peringatan mereka”, tegas Razrul.
Razrul sebagai salah seorang pemimpin di parti Melayu itu, runsing akan dedahan oleh sebuah portal mengenai taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia.
Hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) kartel berkenaan dipercayai menyamar sebagai syarikat pembekal daging sejuk beku telah menjadikan gudang di Senai sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang kemudiannya akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula itu.
“Industri halal global bernilai AS$2.3 trilion. Negara-negara dunia menghormati kita sebelum ini dalam logo HALAL. Kita harus mendapatkan kembali keyakinan ini.

“Kesucian makanan dan halalnya sumber makanan itu tidak boleh dikompromi oleh sesiapa pun kerana ia disebut berulang kali di dalam AL Quran”, ujar Razrul.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img