spot_img
spot_img

Telegram mahu untung pada 2021

spot_img

MOSCOW, 23 Dis – Aplikasi pesanan trenkripsi Telegram akan melancarkan perkhidmatan berbayar pada tahun 2021, kata pengasas kelahiran Rusia, Pavel Durov pada hari Rabu semalam, kerana syarikat yang berkembang itu memerlukan “sekurang-kurangnya beberapa ratus juta dolar setahun”.

“Telegram akan mula menjana pendapatan, mulai tahun depan,” kata Durov dalam satu kenyataan.

“Kami akan dapat melancarkan banyak ciri-ciri baru dan mengalu-alukan berbilion pengguna baru.”

- Advertisement -

Durov, 36, mengatakan bahawa dia tidak merancang untuk menjual syarikat itu dan oleh itu perlu mencari cara lain untuk mendapatkan dana.

Telegram adalah platform media sosial yang popular di sejumlah negara, terutama di bekas Kesatuan Soviet dan Iran, dan digunakan untuk komunikasi peribadi dan berkongsi maklumat dan berita.

Ia telah menarik hampir 500 juta pengguna aktif sejak dilancarkan oleh Durov dan adiknya Nikolai pada tahun 2013.

- Advertisement -

“Untuk sebahagian besar sejarah permulaan Telegram, saya membayar perbelanjaan syarikat dari simpanan peribadi saya,” kata Durov.

“Namun, dengan pertumbuhannya sekarang Telegram berada di landasan tepat untuk menjangkau bilion pengguna dan memerlukan dana yang sesuai.”

Dia mengatakan bahawa ciri percuma akan tetap ada. – AFP

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img