spot_img
spot_img

Tiga import TFC jalani kuarantin di ibu negara

spot_img

Kuala Terengganu: Selepas pemain kebangsaan Namibia, Petrus Shitembi, giliran dua lagi bakal awang import Terengganu FC (TFC) iaitu Christopher Herd dan Carli De Murga ‘mendarat’ di ibu negara.

Manakala dua lagi pemain import yang dikaitkan dengan skuad Penyu iaitu Makan Konate dan David Da Silva yang sepatutnya tiba semalam gagal berbuat demikian kerana masalah visa.

Menurut sumber, ketiga-tiga pemain itu kini sedang menjalani tempoh kuarantin selama 10 hari di ibu negara sebelum berlepas ke Terengganu. Tiga pemain berkenaan dijangka menandatangani kontrak dan diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain skuad Penyu itu pada awal tahun depan.

- Advertisement -

“Dua pemain itu (De Murga dan Herd) sudah tiba di ibu negara, proses membawa masuk mereka juga agak ketat tidak seperti biasa dan kini sedang menjalani tempoh kuarantin bersama Shitembi sebagaimana prosedur biasa bagi membendung penularan wabak pandemik Covid-19.

“Kita jangka mereka akan diperkenalkan sebagai pemain pada awal bulan depan sebelum turun menjalani latihan bersama rakan sepasukan, namun begitu ianya bergantung kepada situasi semasa.

“Apa kita harapkan kehadiran tiga pemain itu mampu membentuk keserasian dengan pemain tempatan lebih-lebih lagi skuad TFC bakal berdepan dengan pasukan gergasi Asia dalam pentas Piala AFC musim depan,” kata sumber itu yang menjangkakan dua lagi tonggak dijangka tiba selewat-lewatnya sebelum hujung tahun ini.

- Advertisement -

Herd bekas bintang kelab Liga Perdana Inggeris, Aston Villa yang mampu beraksi di posisi pertahanan dan tengah bakal mengisi kuota pemain import Asia manakala pemain naturalisasi Filipina, De Murga atau nama sebenarnya Carlos Alberto De Murga bakal mengisi slot kuota pemain Asean.

Pasukan TFC yang dibimbing jurulatih muda meningkat naik kelahiran Kelantan, Nafuzi Zain dan pembantunya, Tengku Hazman Raja Hassan sudah mula menjalani latihan sejak dua minggu lalu di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak sebagai persediaan awal menjelang Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

-Malik Muhamad Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img