spot_img
spot_img

Atlet olahraga turun trek Mac depan

spot_img

Kuala Lumpur: Walaupun sudah diberikan lampu hijau untuk mengadakan sebarang acara atau aktiviti sukan, kem olahraga tidak mahu terburu-buru berbuat demikian apabila lebih memberi tumpuan kepada sesi latihan atlet.

Ketua Jurulatih Olahraga Mohd Manshahar Abdul Jalil berkata, barisan kejurulatihan kini giat mempersiapkan barisan atlet dengan memastikan prestasi mereka berada pada tahap optimum.

Beliau berkata, ketika ini tiada sebarang penganjuran pertandingan diadakan dalam masa terdekat termasuk sesi pemanas badan untuk atlet olahraga.

- Advertisement -

“Pada masa ini, kami lebih mementingkan untuk memastikan prestasi atlet berada pada tahap optimum dan mereka lebih bersedia bagi menyertai kejohanan lebih besar seperti olimpik.

“Jika ada sebarang penganjuran kejohanan pun paling cepat Mac tahun depan yang akan berlangsung dalam negara.

“Sudah tentu kebenaran yang diberikan oleh pihak kerajaan memudahkan atlet untuk melakukan persiapan pada masa akan datang,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

- Advertisement -

Selain itu, berkaitan penyertaan atlet olahraga Malaysia di kejohanan luar negara, Mohd Manshahar berkata perkara terbabit akan dibincangkan nanti berikutan ia jua penting kepada mereka supaya lebih bersedia untuk kejohanan lebih besar.

“Setakat ini, kami melihat tiada lagi kejohanan luar negara yang sesuai disertai oleh atlet kita dalam waktu terdekat ini.

“Namun, jika ada kejohanan di luar negara yang dilihat mampu membantu atlet mendapatkan mata untuk mereka layak Olimpik, perkara berkenaan boleh dipertimbangkan,” katanya.

-Syazwan Msar Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img