spot_img
spot_img

Pemain Garuda Muda Indonesia milik JDT

spot_img

Iskandar Puteri: Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menandatangani pemain Bawah 23 tahun Indonesia, Syahrian Abimanyu untuk pasukan itu pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan pasukan itu akan mendapat khidmat pemain Indonesia yang menjadi perancangan projek jangka masa panjang kelab memenangi kejuaraan Liga Super tujuh musim berturut-turut.

Dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman rasmi Johor Southern Tigers, tidak menyatakan pemain kelahiran Banjamegara, Indonesia yang berusia 21 tahun pasukan mana pemain itu beraksi sama ada skuad JDT atau Johor Darul Ta’zim II (JDT II).

Bekas pemain Madura United itu memulakan karier bola sepak bersama SSB Mandiri Jaya Bogor dan Akademi Bolasepak Jakarta.

- Advertisement -

Malah dia juga pernah mendapat pendedahan di Sepanyol bersama Atletici Levante pada 2016 hingga 2017 ketika berusia 17 tahun dan kembali ke Indonesia untuk menyertai kelab Liga 1 Indonesia, Persija Jakarta.

Pada musim 2018, Syahrian menyertai kelab Sriwijaya selama semusim dan kelab terakhir sebelum menyertai JDT adalah Madura United apabila membuat 20 penampilan.

Dia juga memiliki pengalaman beraksi bersama pasukan remaja Indonesia yang turut dikenali sebagai Garuda Muda iaitu Bawah 16 tahun, Bawah 19 tahun dan masih bersama skuad Bawah 23 tahun Indonesia.

- Advertisement -

-Rizar Mohd Noor Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img