spot_img
spot_img

KRM rangka garis panduan 2021

spot_img

Kuala Lumpur: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) akan memperhalusi beberapa perkara pada mesyuarat awal Januari depan sebaik aktiviti sukan sudah mula dibuka kepada semua pihak berkaitan.

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, antara perkara utama yang akan dibincangkan adalah membabitkan kos perbelanjaan apabila pasukan kebangsaan atau luar negara terpaksa melalui kuarantin 14 hari apabila menyertai kejohanan tertentu.

Beliau berkata, perkara terbabit sudah pasti akan meningkatkan perbelanjaan pasukan berkenaan apabila mereka perlu menanggung kos itu apabila menyertai sebarang kejohanan nanti.

“Antara perkara utama yang akan dibincangkan adalah keperluan kuarantin selama 14 hari membabitkan pasukan kebangsaan yang akan keluar negara dan sebaliknya skuad ragbi negara lain yang menyertai kejohanan di Malaysia.

- Advertisement -

“Kita perlu perhalusi lagi pelaksanaan perkara terbabit dan pada masa akan membincangkan mengenai situasi berkenaan bersama Kesatuan Ragbi Asia,” katanya, di sini.

Sementara itu, mengikut perancangan KRM akan mengadakan aktiviti atau kejohanan bermula Januari depan sebagai persediaan menghadapi pertandingan peringkat antarabangsa pada Mac 2021.

Ketika ini, Kesatuan Ragbi Asia sudah mengeluarkan tentatif program untuk musim depan sekali gus menuntut persatuan mengadakan kejohanan peringkat domestik lebih awal. Jelas sekali, perkara terbabit penting bagi memastikan pemain lebih bersedia selepas enam bulan tanpa sebarang kejohanan kompetitif berikutan pandemik Covid-19.

- Advertisement -

“KRM ingin menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Keselamatan Malaysia (MKN) yang membenarkan aktiviti sukan berjalan seperti biasa pada 2021.

“Sudah tentu situasi berkenaan akan merancakkan lagi industri sukan negara selepas sembilan bulan tiada sebarang acara atau kejohanan,” katanya.

-Syazwan Msar Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img