spot_img
spot_img

Ibrahim Pesuruhjaya Sukan baharu

spot_img

Kuala Lumpur: Siapa individu yang bakal mengemudi Pesuruhjaya Sukan(PJS) akhirnya terjawab apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan Ibrahim Mohd Yusof menyandang jawatan berkenaan berkuat kuasa hari ini hingga 20 Disember 2022.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, KBS berkata Ibrahim yang berkelulusan Sarjana Pengurusan Maklumat dan Sarjana Muda Statistik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan khasnya dalam perancangan dasar dan pembangunan sukan.

“KBS yakin dan percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh beliau akan dapat memperkasakan tadbir urus Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPJS) dan seterusnya memacu kecemerlangan dalam pembangunan sukan negara.

- Advertisement -

“KBS juga berharap agar semua persatuan sukan dapat memberikan kerjasama penuh kepada beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai PJS,” kata kenyataan itu.

Mengikut rekod, Ibrahim pernah menjawat jawatan perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1997 dan memegang pelbagai jawatan sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan.

Beliau yang pernah berkhidmat di KBS dengan jawatan terakhirnya sebagai Setiausaha Bahagian (Dasar dan Perancangan Strategik) terlibat secara langsung dengan Akta Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018 (Akta A 1570).

- Advertisement -

Di samping itu, beliau turut terlibat dalam penggubalan polisi sukan termasuk penyediaan Pelan Strategik KBS dan Kertas Strategik KBS bagi Rancangan Malaysia ke-12.

-Syazwan Msar Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img