spot_img
spot_img

Golongan berisiko dilarang ke stadium

spot_img

Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kemungkinan tidak akan membenarkan golongan berisiko seperti kanak-kanak dan warga emas memasuki stadium bagi mengelak penularan pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, ia sudah dibincangkan dan akan memaklumkan kepada pasukan dan pihak berkaitan mengenai perkara itu.

Beliau berkata, MFL akan mengenakan standard operasi prosedur (SOP) bagi memastikan tiada kluster Liga Malaysia (Liga M) sekali gus menyebabkan penonton tidak dibenarkan ke stadium nanti.

- Advertisement -

“Sudah tentu kemungkinan golongan berisiko tidak dibenarkan memasuki stadium dan hanya individu tertentu saja boleh berbuat demikian sebaik venue dibuka kepada orang ramai.

“Kebenaran kepada orang ramai memasuki stadium perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dan mengikuti setiap SOP yang ditetapkan atau berdepan tindakan susulan,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Ab Ghani menjelaskan peluang dan kepercayaan yang diberikan kerajaan tidak boleh disia-siakan dengan tindakan tegas akan diambil ke atas pasukan sekiranya terdapat penyokong yang melanggar SOP.

- Advertisement -

Malah, beliau juga dilaporkan berkata jumlah 10 peratus atau maksimum 4,000 penonton yang dibenarkan hanya akan diberikan kepada penyokong di negeri tuan rumah bagi mengelak berlaku rentas negeri besar-besar daripada penyokong pelawat.

Sebelum ini, terdapat cadangan daripada penyokong supaya tiket 10 peratus kapasiti penyokong itu diberi keutamaan kepada pemegang pas bermusim atau ahli kelab berdaftar.

Perkara itu bagaimanapun mungkin berada dibawah bidang kuasa pasukan bertanding untuk menentukan kaedah agihan tiket berkenaan.

Sementara itu, penjualan tiket bagi aksi awal Liga M musim depan hanya akan dilaksanakan menerusi pembelian atas talian.

Katanya, tiada penjualan tiket perlawanan yang akan diadakan di kaunter stadium bagi jumlah awal kapasiti 10 peratus atau maksimum 4,000 penonton yang dibenarkan kerajaan.

Langkah itu diambil bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini termasuk pelanggaran SOP Covid-19 sekiranya penyokong menyerbu kaunter tiket di stadium.

-Syazwan Msar Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img