spot_img
spot_img

Eropah larang pergerakkan ke UK

spot_img
PARIS: Selepas Belgium, Belanda dan Itali, kini Perancis pula mengumumkan larangan semua perjalanan dari United Kingdom selama 48 jam.
Langkah itu sebagai usaha memastikan varian baharu COVID-19 yang dikesan di UK tidak menular di Perancis.
Larangan yang diumumkan pejabat Perdana Menteri Perancis itu akan berkuat kuasa pada Isnin malam.
Kerajaan Perancis menyatakan bahawa semua pergerakan dilarang selama 48 jam dari UK, termasuk mereka yang mengangkut barang.
Belgium, Belanda dan Itali adalah antara beberapa negara yang melarang perjalanan dari UK setakat ini.
Kerajaan Perancis menjelaskan bahawa tempoh 48 jam itu akan membolehkan pihak berkuasa mencari jalan penyelesaian untuk menangani varian baharu itu.
Pada Sabtu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengenakan sekatan coronavirus tahap baharu yang lebih ketat di London dan Tenggara England untuk membendung jangkitan yang merebak dengan cepat disebabkan oleh varian baharu virus.
Johnson mengatakan bahawa varian baharu yang tersebar pantas sehingga 70 peratus lebih mudah ditularkan daripada varian sedia ada.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img