TERKINI
Politik

Majlis Presiden PN ditubuhkan

December 17, 2020 11:45 pm –

Malam ini, telah berlangsung majlis perjumpaan ketua-ketua parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional yang telah dihadiri oleh pemimpin daripada semua parti.

Saya berasa amat gembira dapat bersua muka dan berbincang dengan rakan-rakan Presiden dan wakil-wakil parti mengenai pengukuhan kerjasama politik antara kami untuk memastikan kestabilan politik negara serta menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.

Kami telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional yang dianggotai oleh semua Presiden parti-parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional sebagai wadah penting untuk memperkukuhkan kerjasama antara parti.

Di samping itu, kami juga telah mempersetujui beberapa langkah ke hadapan termasuk penubuhan Sekretariat Setiausaha Agung parti-parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional, penggubalan piagam antara parti yang akan dibincangkan di peringkat parti masing-masing dan persiapan pilihan raya.

Majlis Presiden akan bertemu lebih kerap dengan pertemuan pertama pada awal tahun hadapan untuk mendengar taklimat mengenai kedudukan ekonomi semasa negara, pengurusan COVID-19 dan penyediaan RMK-12.

Saya merakamkan penghargaan kepada semua pimpinan parti yang telah sebulat suara mempersetujui pembentukan Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional dan bertekad untuk mengorak langkah bersama demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

 

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri Malaysia (17 Disember 2020)

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid