spot_img
spot_img

KIP tetap mahu berehat sementara

spot_img

Kuala Lumpur: Pelumba motosikal negara, Khairul Idham Pawi tetap dengan keputusannya untuk berehat buat sementara waktu daripada dunia permotoran.

Khairul Idham atau lebih dikenali dengan julukan Super KIP turut memaklumkan hasratnya itu ketika sesi pertemuan bersama Kementerian Belia dan Sukan serta wakil daripada Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), Muizz Azli.

Muizz yang juga Setiausaha Agung MAM berkata, perjumpaan yang berlangsung itu lebih menjurus kepada perbincangan mengenai perancangan masa depan KIP dan apa yang sebenarnya berlaku dari perspektif KIP.

- Advertisement -

Muizz berkata, pada perjumpaan itu, KIP memaklumkan bahawa dia tetap dengan keputusannya untuk berehat seketika dari arena permotoran negara.

“Dalam perjumpaan itu KIP ada berkata dia mahu berehat dulu dan mahu meneruskan hasrat dalam e-Sport. Dia tiada masalah untuk membantu program akar umbi tapi untuk berlumba mungkin tidak dalam waktu terdekat ini,” katanya.

Muizz berkata, KIP seorang pelumba berbakat dan sayang sekiranya dia memilih untuk bersara terutama ketika baru berusia 22 tahun.

- Advertisement -

“KIP masih muda. Kalau dia nak berehat dulu itu tak mengapa. MAM dan KBS akan terus menyokong KIP kalau dia ingin kembali berlumba tapi keputusan semua pada dia.

“KIP ada berkata, dia akan membantu jika ada program membabitkan sukan dua roda sementara dia berehat memikirkan masa depannya,” katanya.

Biar apapun pun kehadiran KIP dalam arena permotoran tidak mungkin akan dilupakan kerana dia adalah pelumba yang berjaya menaiki podium di pentas Kejohanan Motosikal Dunia dalam aksi Moto3 pada tahun 2016 sebanyak dua kali.

Bagaimanapun kariernya bersama Petronas Sprinta Racing (SRT) tidak lama dan hanya kekal untuk dua musim.

-Aida Adilah Mat Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img