spot_img
spot_img

Kedah umum logo baharu

spot_img

Alor Setar: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengumumkan pemilihan logo baharu pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC hasil ciptaan penyokong tempatan.

Presidennya, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata logo berkenaan dipilih daripada 900 penyertaan diterima KFA sebelum ini.

“Logo ini telah melalui peringkat tapisan oleh beberapa jawatankuasa terlibat. Penciptanya Ku Basri Ku Halim akan menerima hadiah RM5,000 seperti dijanjikan.

- Advertisement -

“Dalam isu pemilihan logo, sudah tentu kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Namun, kita telah melaksanakan pemilihan dan jawatankuasa bersetuju bahawa logo ini adalah yang terbaik,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Darulaman FC, Khamal Idris Ali dan Naib Presiden KFA, Radhi Mat Din.

Selain memaparkan imej bola dan bunga alamanda yang sinonim dengan logo lama skuad Hijau Kuning, logo baharu terbabit turut memaparkan perkataan ‘Biar Jasa Jadi Kenangan’ yang diilhamkan pengurus legenda Kedah, Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil.

- Advertisement -

Sementara itu, Muhammad Sanusi turut memaklumkan senarai pemain pasukan KDA FC akan diumumkan pada 15 Januari depan, pada satu majlis memperkenalkan skuad baharu.

Katanya, pasukan musim depan dijangka tampil dengan aksi lebih mantap berbanding musim ini, namun pembiayaannya dijangka lebih kecil ekoran penyusunan semula gaji dan elaun pemain.

“Kita menetapkan sasaran untuk menjadi pasukan terkuat bagi memenangi semua pertandingan dalam Liga Malaysia.

“Kita akan pastikan peruntukan pasukan tidaklah sampai ke angka RM30 juta seperti musim ini, tetapi itu tidak bermakna peruntukan diletak terlalu kecil kerana kita tetap mempunyai matlamat untuk menyediakan pasukan terkuat,” katanya.

-Noorazura Abdul Rahman Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img