spot_img
spot_img

Federer dihimpit waktu

spot_img

Paris: Roger Federer berkata, dia berdepan tempoh yang sangat singkat untuk kembali cergas seterusnya bermain di Terbuka Australia.

Juara Grand Slam 20 kali berusia 39 tahun itu tidak beraksi sejak Januari lalu, selepas menjalani dua pembedahan kerana kecederaan lutut yang serius.

Saingan Terbuka Australia dijadualkan bermula 8 Februari depan selepas ditangguhkan hingga tiga minggu kerana pandemik Covid-19.

- Advertisement -

“Saya sememangnya berharap akan kembali 100% pada Oktober. Tetapi hari ini saya masih gagal. Lihatlah bagaimana nanti dalam tempoh dua bulan lagi,” kata bintang Switzerland itu.

Perlawanan kompetitif terakhir Federer adalah Terbuka Australia tahun ini di mana dia tewas kepada juara kejohanan Novak Djokovic pada aksi separuh akhir di Melbourne Park.

Pada Februari, Federer mengumumkan dia menjalani pembedahan di lutut kanan tetapi berharap akan kembali beraksi bagi saingan Wimbledon yang dijadualkan berlangsung pada Julai sebelum ia dibatalkan.

- Advertisement -

Tetapi pada Jun, dia berkata dia menjalani satu lagi pembedahan selepas mengalami kecederaan ketika tempoh pemulihannya.

Susulan penangguhan kerana pandemik, Jelajah ATP kembali bersambung awal Ogos, bermula dengan kejohanan Terbuka AS diikuti Terbuka Perancis.

“Pembedahan kedua memberi kesan besar, tetapi dalam tempoh enam bulan lalu terdapat peningkatan yang makin baik,” kata Federer.

“Kita lihat bagaimana keadaan ini dalam tempoh dua bulan lagi. Saya banyak melakukan fisio dan senaman fizikal sejak akhir-akhir ini, seterusnya saya akan lihat perkembangan permainan tenis pula.

Ia mungkin terlalu singkat untuk Terbuka Australia.”

– Agensi Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img