spot_img
spot_img

AirAsia sedia kembali taja Liga M

spot_img

Putrajaya: Beberapa penaja besar termasuk syarikat penerbangan terkemuka negara, AirAsia sedia kembali menaja Liga Malaysia (Liga M).

Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan perkara itu pada sidang media Mesyuarat Rakan Kongsi Liga Ke-4 MFL hari ini.

Katanya, menerusi pertemuan empat mata bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes baru-baru ini, syarikat penerbangan tambang murah itu bersetuju untuk menaja semula Liga M selepas bulan lalu meluahkan untuk tidak lagi bersama MFL musim depan.

- Advertisement -

“Saya dah berjumpa dengan Tan Sri Tony Fernandes, beliau setuju dengan saya yang beliau akan sambung balik selepas berbincang dengan saya.

“Mungkin satu atau dua penambahan tajaan daripada AirAsia kita akan umumkan nanti, itu memang Tan Sri Tony Fernandes dah bersetuju. Ini satu perkembangan yang baik jadi kita tunggu dan sabar,” katanya.

Pada 27 November lalu, MFL menerusi satu kenyataan media menyatakan Liga M bakal kehilangan dua penaja selepas AirAsia dan syarikat perbankan, CIMB menyatakan hasrat untuk ‘bercerai’ dan tidak lagi bersama mereka musim depan.

- Advertisement -

Hamidin yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menambah, pihaknya juga sedang berunding dengan penaja lain yang turut menyatakan sokongan, sekali gus memberi bayangan kemasukan penaja baharu.

Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat juga penaja yang meletakkan syarat supaya penyokong dapat kembali semula ke stadium dalam skala yang kecil sebelum mereka bersetuju untuk menaja Liga M.

“Kita tak boleh ‘demand’ macam-macam, kita tengok seberapa mampu (kemampuan syarikat untuk menaja), malah kita tengah jumpa ramai pihak.

“(Ada) satu penaja itu nakkan penyokong masuk dalam (stadium), sama ada Liga Super ke, Piala FA ke (penaja nak taja)… contoh, Datuk saya nak penyokong masuk sikit.

“Selain kita nak kemeriahan liga dengan penyokong semua, ia dapat juga pasarkan jenama mereka dan tak kisah walaupun berskala kecil,” katanya.

-Firdaus Hashim Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img