spot_img
spot_img

Zarif mahu atasi gemuruh

spot_img

Kuala Lumpur: Pemanah negara, Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli mahu mengatasi perasaan gemuruh ketika dalam tekanan bagi memastikan kejayaan lebih gemilang dalam kariernya pada masa depan.

Masalah itu masih membelenggunya ketika kejohanan simulasi hujung minggu lalu hingga tewas kepada pemanah berpengalaman, Khairul Anuar Mohamad dalam acara recurve walaupun memberi saingan sengit.

Khairul mencipta rekod baharu dalam acara itu dengan catatan 690 mata, Zarif menghuni ranking kedua dengan 671 mata diikuti, Muhamad Haiqal Danish Syamsul Affandi (648) dan Haziq Kamarudin (644).

- Advertisement -

Bagi atlet kelahiran Kuala Terengganu itu, apa yang diinginkannya sejak daripada simulasi pertama akhirnya berjaya dicapai pada pertandingan siri ketiga.

Biarpun masih gagal mengawal perasaan gemuruh, pencapaian 671 mata yang direkodkan itu tetap memuaskan hatinya.

“Alhamdulillah dengan keputusan yang dicapai sepanjang tiga pertandingan simulasi ini. Biarpun saya gagal untuk mengawal perasaan takut tapi saya cuba juga terutama ketika menentang Khairul.

- Advertisement -

“Saya kena berusaha lagi untuk kurangkan tekanan dan perasaan takut. Perasaan itu datang bila berdepan situasi yang mana semua orang akan fokus kepada saya ketika di atas pentas pertandingan. Saya kena lawan perasaan itu sekarang,” katanya yang menyumbangkan perak dalam acara recurve berpasukan lelaki di Sukan Sea Filipina tahun lalu.

Pada perlawanan akhir acara recurve, Zarif tewas kepada Khairul yang sudahpun mengesahkan tempat ke temasya Olimpik dengan keputusan 4-6 manakala tempat ketiga milik Haziq yang menundukkan Bryson Ting 6-0.

-Aida Adilah Mat Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img