spot_img
spot_img

Peluang skuad projek khas pamer taring

spot_img

Kuala Lumpur: Jurulatih skuad projek khas wanita, Nasihin Nubli Ibrahim tidak sabar untuk melihat anak buahnya menonjol menjelang saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2021 bulan depan.

Katanya, selepas sekian lama berlatih terutama dari segi teknikal dan kekuatan, ini adalah peluang terbaik buat pemain wanita skuad projek khas membuktikan sesuatu dengan kelab yang diwakili masing-masing.

“Pada saya tidak ada apa yang perlu untuk diperkatakan mengenai kelab dan format liga kali ini, apa yang saya lihat peluang untuk semua pasukan adalah seimbang.

“Ini juga adalah medan terbaik buat pemain projek khas wanita tonjolkan diri, ini bukan sesi pemilihan lagi. Saya hendak lihat bagaimana mereka bergabung dengan pemain bertaraf antarabangsa dan negeri,” katanya.

- Advertisement -

Nasihin yang melatih Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) musim lalu mahu melihat anak buahnya menjadi pemain tunjang dan memimpin pasukan.

Saingan MHL wanita akan bermula dari 20 Januari hingga 20 Februari dan akan dilangsungkan secara berpusat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

PKS Uniten – KPT, PDRM Blue Warriors, Mutiara Impian-MSSPP-PSHA dan Sabah adalah empat pasukan musim lalu selain dua pasukan baharu, Young Tigress dan UniKL Ladies.

- Advertisement -

-Ferzalfie Fauzi Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img