spot_img
spot_img

Kelantan FC bakal terima sentuhan Eropah

spot_img

Kuala Lumpur: Kelantan FC tampil lebih meyakinkan pada musim depan apabila bakal menggunakan kepakaran pengendali daripada Eropah untuk merencanakan taktikal pasukan.

Malah, kelab itu juga akan melantik pembantu jurulatih asing bagi memastikan segala taktikal dapat diterapkan kepada pemain seterusnya memudahkan mereka mencapai lebih banyak kejayaan pada saingan Liga Perdana kelak.

Pemilik pasukan The Red Warriors (TRW) Norizam Tukiman berkata, perkara terbabit masih lagi dalam perbincangan bersama individu berkenaan dan keputusan akan diketahui selewat-lewatnya awal Januari.

Walaupun dilihat agak lewat dalam menyusun pemain, Norizam percaya jurulatih yang bakal dilantik nanti mampu menggalas cabaran dan membawa masuk beberapa tonggak bagi menguatkan Kelantan FC.
- Advertisement -

“Kami akan membawa masuk jurulatih daripada Eropah untuk mengendalikan pasukan dengan individu berkenaan akan mengikut segala perancangan yang sudah dirangka sebelum ini.

“Setakat ini, saya tidak mahu lagi membuat pengumuman berkaitan perkara terbabit kerana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan.

“Berkaitan pemain pula, sudah tentu pemilihan akan dilakukan sebaik jurulatih pasukan diumumkan nanti dan saya lihat tidaklah terlalu lewat untuk menyusun kesebelasan utama,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

- Advertisement -

Selain itu, beliau berkata, setiap pemain termasuk jurulatih nanti perlu memenuhi beberapa petunjuk prestasi utama (KPI) dalam usaha membentuk pasukan yang mantap.

“Setiap perkara merangkumi latihan dan prestasi pemain perlu memenuhi KPI bagi memastikan Kelantan mencapai objektif yang ditetapkan.

“Bukan setakat jaringan gol diambil kira tetapi aspek kecergasan, disiplin kehadiran latihan turut diambil kira sebagai penilaian KPI,” katanya.

-Syazwan Msar Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img