spot_img
spot_img

Kekal fokus

spot_img

Kuala Lumpur: Persiapan mengharungi aksi Terbuka Thailand di Bangkok harus diteruskan seperti biasa oleh skuad beregu lelaki dan wanita walaupun sebelum ini tersentak dengan ketiadaan tiga jurulatih.

Kontrak Rosman Razak, Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty yang tidak disambung sedikit mengejutkan pemain skuad berkenaan, namun bagi mereka perjuangan harus diteruskan seperti biasa.

Menurut pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia, situasi sedikit terganggu apabila Rosman yang juga jurulatih dalam skuad berkenaan tidak disambung kontrak oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

- Advertisement -

“Kami tetap fokus kepada diri sendiri walau apa pun yang berlaku dalam skuad. Kami masih ada cukup masa untuk mempersiapkan diri menjelang saingan di Thailand,” katanya yang bergandingan bersama Soh Wooi Yik.

Sementara itu, pemain beregu wanita, M Thinaah mengakui pelik dengan hanya ada seorang jurulatih (Chan Chong Ming) selepas ketiadaan Eei Hui dan Pei Tty.

“Kami harus mengorak langkah ke depan. Semua orang harus beri yang terbaik di dalam latihan walau apa pun yang terjadi. Itu yang paling penting sekarang,” katanya, semalam.

- Advertisement -

Kata Thinaah, dia dan rakan lain tidak sabar mahu beraksi di kejohanan antarabangsa bulan depan selepas sekian lama hanya berlatih dan mengharungi aksi simulasi sesama sendiri.

“Selain teruja, rasa gementar juga menyelubungi. Perasaan sekarang bercampur-baur untuk turun beraksi semula di pentas antarabangsa di Thailand,” katanya.

Yonex Terbuka Thailand berlangsung dari 12 hingga 17 Januari dan diikuti Toyota Terbuka Thailand pada 19 hingga 24 Januari.

Jelajah Dunia Akhir BWF 2020 juga dilangsungkan di Bangkok pada 27 hingga hingga 31 Januari depan.

-Ferzalfie Fauzi Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img