spot_img
spot_img

PJBM mahu kemuka syarat buat jurulatih asing

spot_img

Kuala Lumpur: Letakkan syarat lebih ketat dengan sekurang-kurangnya jurulatih asing mempunyai pengalaman mengendalikan pasukan profesional di luar negara.

Itu antara perkara yang akan diketengahkan Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat bagi memastikan hanya jurulatih asing berkelayakan diberikan tempat dalam pasukan Liga Malaysia (Liga M).

Presidennya, B Sathianathan berkata, perkara terbabit begitu penting memandangkan pengurusan pasukan ketika ini hanya mengikuti saranan pihak tertentu dalam mengambil jurulatih asing tanpa melihat pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki mereka.

- Advertisement -

Beliau berkata, perkara terbabit akan memberi kesan negatif kepada pasukan berkenaan selain mengelak jurulatih asing menjadikan Liga M hanya sebagai persinggahan sebelum berkelana ke negara lain.

“Kami akan bawakan perkara ini kepada FAM untuk mempertimbangkan supaya mana-mana pasukan yang mahu mengambil jurulatih asing perlulah sekurang-kurangnya berpengalaman mengendalikan pasukan profesional.

“Hal ini demi kebaikan bola sepak negara yang memerlukan perkongsian ilmu daripada jurulatih pengalaman yang pernah mengendalikan pasukan profesional di luar negara.

- Advertisement -

“Sekarang ini, ada antara jurulatih asing yang diambil pasukan tertentu tidak pernah mengendalikan pasukan profesional, jadi bagaimana individu berkenaan dapat membantu mereka nanti.

“Jangan hanya kerana mereka datang daripada luar negara terutama Eropah sudah dianggap hebat dan berjaya kerana perkara terbabit belum terbukti lagi,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, Sathia pernah mengingatkan ada antara jurulatih asing hanya menjadikan Liga M sebagai ‘persinggahan’ atau mencari pengalaman sebelum berkelana ke liga negara lain.

“Ada antara mereka datang ke sini dengan tujuan mahu menimba pengalaman satu atau dua tahun sebelum ke negara lain.

“Sebab itu, mereka sanggup menerima gaji rendah saja sekali gus jurulatih tempatan yang berhempas pulas mendapat lesen Pro AFC dipinggirkan,” katanya.

-Syazwan Msar Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img