spot_img
spot_img

Gelandangan JB ditempatkan di Anjung Singgah

spot_img

JOHOR BAHRU : Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menempatkan lebih 100 gelandangan di bandar raya ini di Anjung Singgah bagi menyelesaikan pertambahan golongan itu sejak kebelakangan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Zaiton Ismail berkata, mereka terlebih dahulu perlu melalui proses tapisan sebelum diterima masuk ke pusat pelindungan sementara itu.

“Anjung Singgah menerima kemasukan yang bersyarat iaitu hanya mereka yang mahu mencari kerja dan tempat tinggal. Selepas mereka mendapat kerja dan stabil, mereka  keluar dari pusat pelindungan sementara itu.

- Advertisement -

“Penagih dadah tidak diterima kerana Anjung Singgah tidak mempunyai kepakaran untuk merawat mereka. Begitu juga gelandangan yang mempunyai masalah mental tidak diterima,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Pakaian Perlindungan (PPE) Kepada Hospital Sultan Ismail dan Penyerahan Sijil Pẹngarhaan Kod Peserta Jahitan PPE di Pusat Jaya Diri, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) Johor Bahru, Kampung Bahru di sini hari ini.

Zaiton berkata, bagi mengatasi masalah gelandangan secara menyeluruh, sebuah pusat gelandangan yang baharu akan diwujudkan di daerah ini tidak lama lagi.

- Advertisement -

Bagaimanapun katanya, lokasi pusat gelandangan baharu itu masih belum diputuskan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) ketika ini.

“Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, seramai 250 gelandangan ditempatkan di Kem Wawasan Negara Gunung Pulai, Kulai bagi memastikan mereka tidak terus berkeliaran kerana khuatir berisiko dijangkiti Covid-19.

“Mereka semuanya sudah pun dihantar ke pangkuan keluarga masing-masing dan bagi yang mempunyai masalah dadah diserahkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Manakala yang mempunyai masalah mental diserahkan kepada pihak hospital,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji pihak YPKDT atas usaha dan sumbangan tersebut yang dilakukan menerusi program Kursus Inspirasi Usahawan Berfokus (KIUB) sekali gus dapat meningkatkan kemahiran golongan wanita.

Katanya, inisiatif itu secara tidak langsung memberi semangat dan sokongan kepada petugas barisan hadapan yang ketika ini bertungkus-lumus memastikan rakyat tidak terdedah dan berisiko dengan pandemik itu.

Sebelum ini, YPKDT telah menyampaikan sumbangan 1,300 PPE dan 1,200 beg kepada Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img