spot_img
spot_img

Sokongan SD Anwar: Pas tidak perlu terkapai-kapai selagi tidak ada kebenaran

spot_img
KUALA LUMPUR: Pas tidak perlu terkapai-kapai membuat keputusan membabitkan dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh sokongan 113 ahli Dewan Rakyat dalam bentuk akuan bersumpah (SD) dan akan cuba meyakinkan Yang di-Pertuan Agong.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sebaliknya pihaknya perlu menunggu hakikat sebenar apakah yang sedang berlaku.
“Ini bukan kali pertama (dakwaan Anwar cukup majoriti), oleh sebab itu kita perlu tunggu berita sebenar.
“Sudah beberapa kali (ia berlaku) dan kita sedang tunggu (kebenaran itu). Jadi kita tidak perlu terkapai-kapai untuk buat sebarang keputusan sebelum hakikat sebenar,” katanya ketika sesi Dialog Bersama Media di sini pada Ahad.
Pada Sabtu, khabar angin bertiup kencang mengatakan Anwar sekali lagi akan cuba meyakinkan Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi daripada kalangan Ahli Dewan Rakyat.
Lebih menguatkan dakwaan itu apabila ada satu laporan menyebut sokongan yang diperoleh Anwar turut mendapat sokongan SD daripada 10 MP UMNO.
Sumber dalaman Pakatan Harapan (PH) bagaimanapun menafikan laporan berita yang menyebut 10 MP UMNO memberi sokongan kepada Anwar.
Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img