spot_img
spot_img

Cukai vape terlalu tinggi bagi pengusaha

spot_img

KUALA LUMPUR: Cadangan cukai ke atas peranti rokok elektronik atau vape dan cecairnya seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan menjadikannya jauh lebih mahal sekali gus menjadi tamparan hebat kepada pengusaha industri vape tempatan.

Sehubungan itu, Persatuan Kesedaran Bahaya (HRA) menggesa kerajaan supaya mengkaji semula duti eksais 10 peratus ke atas semua jenis peranti elektronik serta 40 sen setiap mililiter cecair apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang terjejas teruk akibat Covid-19 ketika ini.

Menurut HRA, sebarang kenaikan harga peranti dan produk vape yang merupakan alternatif kepada tabiat merokok kemungkinan besar akan mendorong pengguna kembali kepada tabiat merokok.

- Advertisement -

“Oleh kerana pengguna vape kebanyakkannya sensitif terhadap harga, mereka akan lebih cenderung untuk membeli rokok kontraban yang lebih murah.

“Sehingga hari ini, seramai lebih daripada 10,000 rakyat Malaysia telah menandatangani petisyen menolak cukai ke atas semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk cecair vape pada tahun hadapan,” katanya dalam kenyataan.

HRA telah memulakan petisyen melalui Change.org dengan sokongan seramai lebih daripada 10,000 orang, agar kerajaan mempertimbangkan semula pengenaan cukai pada peranti dan cecair vape di Malaysia.

- Advertisement -

Dalam pada itu, Presiden MOVE di bawah program HRA, Samsul Kamal Arrifin turut tidak bersetuju dengan usul yang dibawa kerajaan selepas melakukan kajian mendalam serta melakukan perbincangan bersama pihak industri dan mengumpulkan input orang ramai.

Beliau berkata, cukai yang dicadangkan pada peranti juga disifatkan sebagai langkah tidak produktif yang akan menyebabkan kesan buruk dalam kesihatan awam kerana menghalang perokok dewasa beralih kepada alternatif yang kurang berbahaya.

“Kami menyedari bahawa terdapat keperluan kerajaan menjana lebih banyak hasil tetapi ia tidak sepatutnya dilakukan dengan melulu tanpa membuat kajian serta perbincangan dengan semua pihak. Usul yang dibuat secara terang dilaksanakan tanpa rundingan bersama kumpulan pengguna Malaysia dan industri.

“Tindakan drastik kerajaan akan melumpuhkan industri vape dan ramai pengusaha akan gulung tikar jika cukai ini dilaksanakan. Pengenaan cukai perlu datang bersama-sama dengan peraturan yang menyeluruh dan input daripada pelbagai pihak termasuk untuk membendung perdagangan haram dan memastikan keselamatan semua pengguna Malaysia.” jelas beliau. – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img