spot_img
spot_img

Akira idam lonjak Kelantan United

spot_img

Kota Bharu: Ketua Jurulatih Kelantan United (KUFC), Akira Higashiyama menetapkan sasaran peribadinya untuk meletakkan pasukan kendaliannya itu berada di empat teratas dalam Liga Premier musim hadapan.

Jurulatih dari Jepun itu berkata, sasarannya itu adalah berdasarkan kepada prestasi pasukan KUFC yang yang menduduki tempat ke lapan musim ini, walaupun kali pertama bemain dalam Liga Premier.

“Kini kami dalam proses bersedia sebelum memulakan latihan dan pihak pengurusan sudah berbincang berapa perkara berkaitan, termasuk persediaan mendapatkan beberapa pemain baru musim hadapan.

- Advertisement -

“Kerja sama semua pegawai dan jurulatih amat penting untuk saya mencapai sasaran kami,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Akira, 31, menandatangani kontrak bersama KUFC bagi mengantikan Mohd Nazrulerwan Makmor.

Akira berkata, beliau akan menggunakan seluruh pengalamannya bagi mencapai sasarannya musim hadapan.

- Advertisement -

“Saya yakin terhadap pasukan saya musim ini akan mampu memberikan cabaran terhadap pasukan lain dan mencapai sasaran saya pada Liga Premier,” katanya.

Akira berkata, beliau juga sudah mencadangkan beberapa program dan tindakan yang perlu dilakukan pada persiapan pramusim yang akan bermula pada 28 Disember.

“Saya akan memulakan latihan dan cuba untuk mendapatkan beberapa perlawanan persahabatan untuk memperkuatkan lagi pasukan saya sebelum permulaan Liga Malaysia (Liga-M) pada Februari,” katanya.

Musim ini, KUFC turut membuat kejutan apabila buat pertama kalinya layak ke Piala Malaysia selepas tiga tahun ditubuhkan.

-BERNAMA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img