spot_img
spot_img

Penyokong kembali ke stadium tahun depan?

spot_img

Petaling Jaya: Menerusi kaedah gelembung sukan yang akan diperkenalkan pada tahun depan, bayangan untuk melihat penonton kembali membanjiri stadium dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) bakal menjadi kenyataan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, pihaknya sedang berusaha untuk memastikan industri sukan terutamanya bola sepak kembali meriah dan aktif dengan membenarkan kemasukan penyokong.

Katanya, masalah pandemik Covid-19 yang membelenggu arena sukan negara hingga menyaksikan kerajaan terpaksa menghalang kemasukan penonton dijangka berakhir, sekali gus memberi sinar buat industri Liga M.

- Advertisement -

“Model baru ‘sports buble’ adalah salah satu dalam kalendar 2021 ini, di mana sukan tidak boleh dihalang lagi dengan sebab rakyat mempunyai kehidupan.

“Suka tak suka kita sekarang hidup dalam Covid-19 , dan kita tak boleh nafikannya. Kita kena hidup dengan keadaan norma baharu, jadi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) adalah bentuk norma baharu yang akan dilihat oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)…akan juga mengambil kira sukan-sukan dengan kehadiran penonton.

“Tapi dengan SOP (prosedur operasi standard yang tertentu. Bagi membolehkan kita bawa perasaan, rasa keterbisaan dalam kehidupan, dan ia sedikit sebanyak akan bagi industri sukan bernafas dengan lebih baik daripada keadaan yang mereka terkesan dengan hampir lapan bulan.

- Advertisement -

“Jadi pada waktu ini kita sedang melakukannya dan dalam pertimbangan dan kita nampak kalendar 2021 bahawa aktiviti sukan akan kembali aktif,” katanya ketika pengumuman penubuhan skuad itu di Arena Futsal FAM di Kelana Jaya, semalam.

Terdahulu, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan kemungkinan penonton akan kembali dibenarkan memasuki stadium bermula pada saingan Liga M musim depan.

Jelas Tunku Ismail yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta bekas Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) itu, kebenaran berkenaan bakal menyaksikan 10 peratus (%) kemasukan penyokong dibenarkan berdasarkan kepada bilangan kapasiti sesebuah stadium.

-Firdaus Hashim Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img