spot_img
spot_img

Ketegangan PN Perak beransur pulih – Penganalisis

spot_img
KUALA LUMPUR: Ketegangan politik antara parti dalam Perikatan Nasional (PN) di Perak dilihat semakin berkurang selepas pelantikan Menteri Besar yang baharu mendapat persetujuan daripada ketiga-tiga parti berkenaan.
Penganalisis politik Dr Sharifah Syahirah Syed Sheikh berkata, perkara itu sekali gus akan menyelesaikan kemelut politik yang wujud di negeri itu.
“Saya nampak ketegangan politik di Perak semakin berkurangan, namun terpulang kepada parti masing-masing iaitu UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
“Jika ketiga-tiga pemimpin utama dalam tiga parti itu berpuas hati dengan rundingan yang dibuat, ia akan menyelesaikan kemelut yang wujud di negeri itu.
“Saya akui, (untuk kurangkan ketegangan) itu akan mengambil masa, tetapi apa yang dilakukan sekarang ini, seperti akuan bersumpah (SD) daripada Bersatu dan Pas (dalam menyokong wakil UMNO sebagai Menteri Besar), menjurus kepada kesepakatan dan bukan untuk menambah konflik,” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Dalam pada itu, Sharifah Syahirah berkata, kekukuhan PN di negeri itu masih menjadi tanda tanya meskipun kemelut politik di negeri itu kelihatan ditamatkan dengan pelantikan Menteri Besar daripada UMNO.
“Apa yang berlaku di Perak yang saya nampak ialah, UMNO inginkan satu suara yang besar kerana mempunyai jumlah kerusi paling banyak dan ini adalah logik dalam politik negara.
“Tetapi, jika sekepakatan PN ini atas dasar nama Melayu dan Islam, saya percaya ia akan kekal dan proses pengukuhan ini akan berjaya sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 nanti,” katanya.
Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img