spot_img
spot_img

Pengadil negara kendali Liga Juara-Juara Asia

spot_img

Kuala Lumpur: Pengadil Malaysia terus mendapat perhatian antarabangsa apabila tiga lagi pengadil terpilih mengendalikan aksi membabitkan saingan Liga Juara-Juara Asia bagi Zon Timur yang sedang berlangsung di Doha, Qatar sejak 19 November lalu.

Tiga pengadil yang mendapat kepercayaan itu ialah dua pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa), Amirul Izwan Yaacob dan Muhammad Nazmi Nasaruddin serta penolong pengadil Fifa, Mohd Yusri Muhamad.

Amirul, 34, bertindak sebagai pengadil bagi perlawanan Kumpulan E, Melbourne Victory menentang Beijing Guon pada 27 November lalu serta sebagai pegawai keempat bagi tiga lagi perlawanan lain.

Antara aksi lain itu adalah pertemuan Beijing Guon lawan FC Seoul pada 21 November, Ulsan Hyundai menentang Perth Glory pada 24 November dan aksi pusingan 16, Yokohama Marinos bertemu Suwon Samsung Bluewings pada 1 Disember lalu.

- Advertisement -

Nazmi, 30, pula menjadi pengadil pada perlawanan Kumpulan F membabitkan aksi antara Ulsan Hyundai berdepan Perth Glory pada 24 November serta sebagai pegawai keempat pada dua lagi perlawanan iaitu Melbourne Victory dengan Beijing Guon 27 November dan Yokohama F.

Marinos menetang Jeonbuk Hyundai Motor pada 1 Disember lalu.Sementara Yusri, 41, menjadi penolong pengadil pada empat perlawanan iaitu Beijing Guon dengan FC Seoul pada 21 November, Ulsan Hyundai lawan Perth Glory pada 24 November, Melbourne Victory bertemu Beijing Guon pada 27 November dan Yokohama Marinos lawan Suwon Samsung Bluewings pada 1 Disember lalu.

Mereka bertiga turut diberikan ‘tugasan tambahan’ mengendalikan perlawanan tunggal Kumpulan E, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Qatar menentang Bangladesh yang berlangsung di Doha, 4 Disember lalu di mana Amirul bertindak sebagai pengadil.

- Advertisement -

Yusri pula sebagai penolong pengadil dan Nazmi selaku pegawai keempat pada perlawanan terbabit.

Saingan Liga Juara-Juara Asia bagi Zon Timur kini memasuki peringkat suku akhir yang menyaksikan Ulsan Hyundai diundi bertemu Beijing Guon, manakala Vissel Kobe bakal berdepan Suwon Samsung Bluewings, esok dengan kedua-dua aksi berlangsung di Stadium Al Janoub, Doha.

-Firdaus Hashim Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img