spot_img
spot_img

Brazil ingin batalkan 5G bersama Huawei

spot_img

BRASILIA: Presiden Brazil, Jair Bolsonaro sedang mencari jalan untuk mengecualikan pembuatan peralatan telekomunikasi China, Huawei Technologies Co. Ltd. daripada rangkaian 5G negara itu.

Sumber memberitahu, keputusan presiden itu sedang diteliti oleh penasihat keselamatan negara dan Kementerian Komunikasi di bawah peruntukan keselamatan yang perlu dipatuhi oleh syarikat telekomunikasi dan pembekal mereka.

“Sekutu Bolsonaro, (Presiden Amerika Syarikat) Donald Trump, turut bersetuju menentang Huawei dengan alasan bimbang mereka berkongsi data sulit bersama pemerintah Komunis China.

- Advertisement -

“Oleh kerana China merupakan rakan dagang terbesar Brazil, mereka menghadapi tentangan daripada industri dan dalam pemerintahannya sendiri termasuk daripada Wakil Presiden, Hamilton Mourao,” kata sumber.

Wakil industri Brazil berkata, keputusan presiden itu boleh menyebabkan ‘pertempuran’ undang-undang dengan syarikat telekomunasi yang menggunakan peralatan Huawei.

“Mereka akan menentang larangan terhadap syarikat China itu kerana jika tidak, ia akan memaksa mereka untuk melakukan pertukaran teknologi yang lebih mahal,” katanya.

- Advertisement -

Sebilangan besar syarikat telekomunikasi Brazil menggunakan peralatan Huawei seperti rangkaian 3G dan 4G mereka.

Menurut kumpulan Conexis, syarikat Vivo yang dimiliki Telefonica Brasil menggunakan 65 peratus peralatan Huawei dalam rangkaiannya.

Syarikat Claro pula menggunakan 55 peratus peralatan daripada Huawei, sementara Oi mempunyai 60 peratus dan TIM 45 peratus.

Setakat ini, kerajaan belum dapat mencari jalan untuk melarang Huawei tanpa menjejaskan pembekal yang lain.

“Sekiranya peraturan yang ditetapkan tanpa alasan munasabah (dilaksanakan), ia tidak akan diterima oleh mahkamah.

“Ia bukan sahaja melambatkan teknologi tetapi turut mempengaruhi hubungan perdagangan Brazil dan China,” jelas sumber yang enggan dikenali.

Amerika Syarikat (AS) menawarkan syarikat telekomunikasi Brazil untuk membeli peralatan telekomunikasi daripada pengeluar Barat seperti Nokia dan Ericsson.

“Kami harap, keputusan mengenai perkara ini dibuat secara teknikal, tanpa diskriminasi dan memihak kepada pasaran bebas,” kata Huawei dalam satu kenyataan. – AGENSI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img