spot_img
spot_img

Azroy berat hati lepaskan Zhi Quan

spot_img

Kuala Lumpur: Pemenang pingat emas Sukan Komanwel Gold Coast, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad reda dengan keputusan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) tidak menyambung kontrak jurulatihnya, Wang Zhi Quan.

Tiada apa boleh dilakukan olehnya apabila PABM tetap dengan keputusan terbabit berikutan kontrak jurulatih kelahiran China itu tamat pada 31 Disember ini.

Biarpun berat hati untuk melepaskan jurulatih yang sudah dianggap sebagai bapa angkatnya itu, mungkin ada hikmah tersembunyi.

- Advertisement -

Pastinya persatuan menerusi presidennya, Datuk Ayub Rahmat membuat keputusan itu demi kebaikan semua pihak terutama untuk barisan atlet negara.

Kata Wafie, dia menyedari perlu adanya angin perubahan untuk skuad angkat berat negara dalam usaha memastikan atlet terus gah di pentas antarabangsa.

“Perbincangan dari hati ke hati bersama presiden sudah dilakukan dan di sini saya ingin ucapkan terima kasih kepada presiden kerana mendengar dan memahami kehendak saya. “Biarpun sedih dengan kehilangan jurulatih Wang selepas lima tahun bersama, mungkin kehadiran jurulatih baharu ke dalam skuad angkat berat negara akan memberi impak yang lebih besar dan lebih banyak lagi kejayaan selepas ini,” katanya yang kali terakhir beraksi di Kejohanan Angkat berat Asia di China April lalu dengan kejayaan meraih dua perak satu gangsa.

- Advertisement -

Zhi Quan menabur bakti dalam skuad negara selama tujuh tahun dan berjaya membimbing beberapa atlet negara antaranya Hafifi Mansor hingga berjaya melayakkan diri ke Olimpik Rio. Pencapaian paling gemilang Zhi Quan adalah membawa Wafie yang beraksi dalam kategori 56 kilogram (kg) dan Muhammad Aznil Bidin (62kg) meraih emas pada temasya Komanwel yang lalu.

-Aida Adilah Mat Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img