spot_img
spot_img

Elaun atlet, gaji jurulatih tak dipotong

spot_img

Kuala Lumpur: Walaupun pandemik Covid-19 menjejaskan pelbagai sektor termasuk sukan, namun elaun latihan atlet dan gaji jurulatih tetap dibayar seperti biasa tanpa pemotongan walaupun tiada sebarang kejohanan atau aktiviti berlangsung sejak Mac lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kebajikan semua atlet dan jurulatih tetap dijaga dengan beberapa kemudahan turut ditawarkan kepada mereka.

Beliau berkata, atlet dan jurulatih yang menjalani program latihan sepenuh masa tetap ditawarkan pakej yang meliputi elaun latihan bulanan, kemudahan makan dan penginapan, pertandingan secara atas atas talian atau simulasi,peralatan, kepakaran, serta perkhidmatan sains perubatan.

- Advertisement -

“KBS menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dengan kerjasama pemegang taruh lain seperti Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Institut Sukan Negara (ISN) sentiasa berusaha meningkatkan prestasi atlet negara dan tidak mengabaikan mereka walau apa keadaan.

“Hakikatnya, penularan wabak ini menjejaskan pelaksanaan latihan atlet di pelbagai peringkat namun MSN dengan kerjasama PSK dan ISN sudah melaksanakan pelbagai program selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan prestasi dan kecergasan atlet tidak merudum,” katanya, di sini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada sidang parlimen dewan rakyat, di sini, hari ini.

- Advertisement -

Selain itu, beliau berkata, walaupun latihan harian dilaksanakan sepenuh masa, atlet masih lagi tidak dapat menyertai kejohanan antarabangsa yang ditangguhkan atau dibatalkan.

“MSN bersama-sama PSK dan ISN menganjurkan pertandingan dalaman secara tertutup bagi memastikan prestasi atlet dapat dinilai dan dipertingkat,” katanya.

Sementara itu, Sepanjang tempoh PKP, tahap kesihatan dan emosi atlet dalam latihan sepenuh masa adalah sentiasa dipantau.

“ISN turut menyediakan perkhidmatan sokongan sains sukan melalui ‘psikologi sukan’ untuk mengenal pasti persepsi atlet terhadap impak, ‘mindset’ dan tingkah laku.

“Sesi perbincangan, penerangan dan kaedah penerapan secara psikologi yang optimal membabitkan pengurusan emosi dan perasaan turut dilaksana,” katanya.

– Syazwan Msar Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img