spot_img
spot_img

Dua gol Ronaldo benam Barcelona

spot_img

Barcelona: Cristiano Ronaldo meledak dua gol penalti untuk mengatasi saingannya Lionel Messi dan membawa Juventus mencatat kemenangan 3-0 ke atas Barcelona pagi ini, sekali gus memastikan kelab Itali itu berada di puncak Kumpulan G Liga Juara-Juara.

Bekas penyerang Real Madrid dan saingan utama pemain Argentina yang bergilir memenangi anugerah Ballon d’Or dalam tempoh sedekad antara 2008-2017 serta tonggak utama gergasi Sepanyol itu.

Namun hanya ada satu pemenang di Camp Nou ketika mereka bertarung buat pertama kali sejak Ronaldo menyertai Juve pada 2018.

- Advertisement -

Juventus kendalian Andrea Pirlo tewas 0-2 di halaman sendiri berdepan Barcelona pada Oktober tanpa Ronaldo, yang disisihkan kerana Covid-19, tetapi mempamerkan peningkatan baik dan memastikan kemenangan pertama kali berdepan Barcelona di laman lawan dalam Liga Juara-Juara sejak Bayern Munich melakukannya pada 2013.

Kedua-dua pasukan terikat 15 mata dan sudah layak ke peringkat seterusnya sebelum sepak mula, tetapi kemenangan menerusi tiga gol Juve memastikan mereka mengatasi lawan mengikut rekod pertemuan antara satu sama lain.

“Apabila anda mempunyai keinginan untuk berkorban kepada diri anda dan mempunyai penyudah yang tepat, seperti Ronaldo, anda pasti akan memenangi perlawanan seperti ini.”

- Advertisement -

“Seperti yang kami pamerkan ketika saingan setempat (kemenangan ke atas Torino), jika kami beraksi dengan keinginan seperti ini, kami akan membawa pulang keputusan yang kami mahukan.

“Langkah seterusnya adalah melakukan perkara sama dalam semua perlawanan kami.” kata Bonucci kepada Sky Sport Italia.

Skuad Barcelona kendalian Ronald Koeman tersentak dengan kekalahan 1-2 ke atas Cadiz dalam saingan La Liga, melakukan empat pertukaran namun beraksi buruk pada awal permainan.

Hanya 13 minit diperlukan Ronaldo untuk memecah kebuntuan memastikan jaringan penalti selepas pengadil memberikan sepakan itu kerana kekasaran dilakukan Ronald Araujo ke atas pemain berkenaan.

Juventus enggan mengalah dan terus memberi tekanan untuk mendahului gol kedua menerusi sepakan voli pemain tengah Amerika Syarikat (AS), Weston McKenzie selepas menerima hantaran Juan Cuadrado pada minit ke 20 permainan.

Ronaldo meledak gol kedua menerusi penalti pada minit ke-52 selepas Clement Lenglet melakukan kesilapan di depan gol tuan rumah.

-AFP Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img