spot_img
spot_img

DRZ Johor tarik RM350 juta pelaburan

spot_img

ISKANDAR PUTERI: Zon Dron dan Robotik (DRZ) yang dilancarkan di Iskandar Malaysia, di sini semalam bakal menarik pelaburan bernilai RM350 juta di samping mencipta lebih 1,000 peluang pekerjaan dalam bidang berkenaan menjelang 2025.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, zon itu yang juga pertama seumpama­nya di rantau ini meletakkan Johor sebagai peneraju dalam industri dron dan robotik yang memiliki potensi besar untuk diterokai.

Katanya, inisiatif itu juga selari dengan usaha kerajaan ne­geri menubuhkan Hab Digital di wilayah berkenaan seperti diumumkan dalam Belanjawan Johor 2021.

- Advertisement -

“Johor perlukan satu ekosistem bersepadu bagi memboleh­kan negeri ini memajukan lagi sektor ekonomi digital khusus­nya bagi rantau Asia Tenggara.

“Penubuhan zon ini juga dijangka menarik kemasukan pelaburan bernilai lebih RM350 juta selain mewujudkan lebih 1,000 peluang pekerjaan baharu dalam industri dron dan robotik,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran DRZ secara maya di sini, semalam.

Yang turut menyaksikan pelancaran majlis berkenaan ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

- Advertisement -

Dalam pada itu, Khairy berkata, kelebihan yang dimiliki negara termasuk kedudukan strategik, infrastruktur asas lengkap dan keupayaan modal insan mampu mengangkat negara menerajui industri tersebut.

“Berdasarkan laporan industri 2020 yang dikeluarkan oleh Drone Industry Insight, Asia dijangka mencatatkan peningkatan perolehan daripada RM34.9 bilion tahun ini kepada RM72.8 bilion menjelang tahun 2025.

“Bagi sektor robotik, Asia Pasifik menyumbang kepada 54 peratus pasaran global dan me­rupakan peneraju dalam sektor berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Iskandar Investment Berhad (IIB), Datuk Khairil Anwar Ahmad memberitahu, penerokaan dalam teknologi dron dan robotik boleh dimanfaatkan dalam pelbagai sektor ekonomi.

“Antara sektor terlibat ialah keselamatan, pertanian, logistik dan pelbagai cabang sektor perkhidmatan,” jelas beliau. – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img