spot_img
spot_img

UMNO merosakkan perjuangan politik

spot_img

KOTA BHARU – Perkataan ‘ABATA’ (agama, bangsa dan tanah air) yang sinonim dengan perjuangan UMNO sudah tidak boleh diguna pakai lagi kerana semuanya dianggap palsu setelah mereka menjatuhkan kerajaan majoriti Melayu dan Islam di Perak dengan bersekongkol bersama pembangkang daripada DAP.

Itu merupakan pandangan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Muhammad Amiin Ridhuwan berikutan krisis hangat kedudukan jawatan Menteri Besar Perak yang turut mengaitkan UMNO.

Muhammad Amiin berkata, dengan menggunakan peribahasa Melayu, ‘tikam belakang’ itulah yang dilakukan oleh kesemua 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perak sehingga pembentangan belanjawan negeri itu tergugat dan pelbagai pelan insentif yang ingin diberikan kepada rakyat terbantut seketika.

- Advertisement -

“Mereka tidak langsung memikirkan soal kesengsaraan rakyat pada waktu ini. (Mungkin) mereka sudah lama merancang untuk menjatuhkan seorang menteri besar.
“Jadi UMNO sudah tidak relevan lagi dengan slogan memperjuangkan orang Melayu, agama dan bangsa sekiranya mereka sanggup tidur sebantal dengan DAP untuk membentuk kerajaan baharu di Perak.
“Hari ini kita boleh lihat apabila Pas dan Bersatu berasa kecewa dengan tindakan mereka dan kemungkinan tidak akan bersama kerajaan yang akan dibentuk nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img