spot_img
spot_img

Yan Yee terus menyerlah

spot_img

Kuala Lumpur: Skuad terjun mengekalkan prestasi konsisten pada hari terakhir Kejohanan Terjun Antarabangsa Dalam Talian Malaysia.

Antara yang mencuri tumpuan adalah penampilan Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee dalam acara 10m seirama dan Ooi Tze Liang- ChewYiwei dalam acara 3m seirama.

Biarpun beraksi tanpa pesaing yang lain, keempat-empat atlet negara itu berjaya melakukan terjunan terbaik masing-masing yang mana Pandelela dan Mun Yee berjaya mengumpul 287.64 mata dan Tze Liang-Yiwei, 397.35 mata.

- Advertisement -

Tze Liang berkata, terjunannya bersama Yiwei menunjukkan peningkatan dan kejohanan atas talian itu adalah yang pertama buat mereka tahun ini.

Biarpun sesi latihan sedikit terganggu apabila Yiwei terpaksa berehat beberapa minggu akibat kecederaan yang dialami ketika latihan namun apa yang dipamerkan hari ini membuktikan mereka sudah bersedia untuk kejohanan yang lebih kompetitif.

“Hari ini keputusan yang diperoleh sangat bagus dan terjunan kami juga konsisten. Kami semakin yakin malah jurulatih juga berpuas hati dengan prestasi kami hari ini,” kata Tze Liang.

- Advertisement -

Sementara itu dalam acara 3m individu wanita, Ng Yan Yee muncul sebagai juara selepas mengumpul 305.25 mata menewaskan rakan senegara Nur Dhabitah Sabri kedua, 301.25 mata dan penerjun Australia, Ester Qin 282.60 ketiga.

“Ada peningkatan daripada segi terjunan dan kutipan markah dalam acara seirama dan individu jika dibandingkan kejohanan terakhir kami sertai sekitar Januari.

“Jadi kami gembira dengan sesi latihan yang dilakukan dalam tempoh beberapa bulan ini,” katanya Yan Yee.

Sementara itu bagi Dhabitah, kejohanan atas talian yang pertama itu amat bermakna buat mereka yang sememangnya memerlukan pertandingan ketika ini.

Katanya, untuk terus kekal konsisten, mereka amat memerlukan pertandingan dan sekiranya tidak boleh membabitkan penyertaan luar, pertandingan di antara rakan senegara itupun sudah cukup untuk membolehkan mereka mengekalkan rentak.

Kejohanan berkenaan adalah pertandingan pertama disertai skuad terjun negara dalam tempoh hampir setahun susulan penularan pandemik Covid-19.

Kejohanan dua hari itu disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Majlis Sukan Negara (MSN) mempertandingakan acara Sukan Olimpik dan disertai lima negara termasuk Malaysia selaku tuan rumah, Singapura, Jepun, Australia dan New Zealand.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img