TERKINI
Politik

UMNO mahu pertahan kerajaan PN di Perak

December 7, 2020 11:34 pm – Aiman Shahar
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak terus dipertahankan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan, malam ini memaklumkan kerjasama tersebut melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
“Mesyuarat MKT telah membincangkan tentang senario politik negeri Perak,” katanya dalam kenyataan ringkas tersebut, malam ini.
Terdahulu, mesyuarat tersebut yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut dihadiri ahli MKT.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata mesyuarat turut memutuskan bahawa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri ditetapkan pada 1 hingga 3 Januari 2021.
Jelas beliau, ia akan diadakan secara serentak di 191 Bahagian dan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian masing-masing.
“Untuk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Diperketatkan (PKPD) bolehlah diadakan secara maya.
“Kehadiran adalah secukup korum iaitu satu perempat daripada jumlah wakil yang berhak hadir,” tambahnya.
Selain itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri pula ditetapkan pada 30 Januari 2021, sementara Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari 2020.
Katanya, perhimpunan tersebut akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC) dengan kehadiran terhad, selain akan dibuat secara maya.

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid