spot_img
spot_img

Pas akan jadi pendamai, jernihkan hubungan PN dan MN

spot_img
ALOR SETAR: Pas akan berperanan sebagai jalan pendamai bagi menjernihkan hubungan antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) serta gabungan parti Muafakat Nasional (MN) susulan kemelut politik di negeri Perak sehingga mengakibatkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletakkan jawatan.
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya tidak akan sesekali mencetuskan api permusuhan melalui pelbagai tindakan dalam keadaan yang berlaku ketika ini.
Menurut beliau, peranan sebagai pendamai serta mengurus krisis dengan berhemah antara usul yang dibawa beliau untuk dicadangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas Pusat yang akan berlangsung di Kuala Lumpur lewat petang ini.
Mesyuarat berkenaan akan dihadiri oleh 12 Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pas termasuk beliau.
Kata Sanusi, beliau akan berkongsi pandangan untuk menjernihkan semula keadaan antara hubungan PN dan MN.
“Pas ini kerja dia untuk mendamaikan, bukan untuk mencucuh api permusuhan, kerja kita damaikan… Insya-Allah, (semua) Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pas (akan menghadiri mesyuarat),” ujar beliau.
Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas sesi taklimat khas oleh Lembaga Wilayah Kemajuan Kedah (KEDA) di Ibu Pejabat KEDA, di sini pada Isnin.
Ekoran krisis politik yang tercetus di Perak, kedengaran pelbagai spekulasi yang mengaitkan hubungan antara Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) setelah bekas Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti ketika usul undi percaya terhadapnya dijalankan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat.
Pada Ahad, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, parti itu sedia bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP untuk membentuk kerajaan baharu di Perak sekiranya jajaran parti terdahulu gagal diteruskan.
Menurut Ahmad Zahid, buat masa ini, UMNO seboleh mungkin mahu kerajaan yang dibentuk bersama Bersatu dan Pas di bawah pimpinan Menteri Besar terdahulu dikekalkan.
Dalam perkembangan sama, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, PH negeri itu sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk UMNO bagi membentuk sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil di Perak.
Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img