spot_img
spot_img

Jualan Proton November naik 18%

spot_img

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Berhad merekodkan peningkatan jualan kenderaan setinggi 18 peratus pada bulan November 2020 berjumlah 11,411 unit berbanding bulan sama tahun lalu.

Keputusan tersebut menyumbang kepada jumlah jualan sebanyak 96,410 tahun ini iaitu lonjakan 7.5 peratus berbanding tahun lalu dengan pegangan pasaran dianggarkan sebanyak 20.1 peratus.

Menurut Proton, walaupun jualan bagi model lain menurun sedikit berbanding bulan Oktober, penghantaran Proton X50 kepada pembeli telah meningkat dengan 1,756 unit telah dihantar sekali gus menempatkannya sebagai model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B terlaris di Malaysia.

- Advertisement -

Katanya, dengan jumlah jualan 2,157 unit model X70 dalam bulan yang sama, Proton telah menyandang tempat pertama SUV terlaris secara keseluruhan.

“Proton bercita-cita mengembangkan pasaran di luar negara sekali gus penambahan jualan eksport menjadi satu daripada tunggak utama masa hadapan syarikat.

“Tahun 2020 sepatutnya memberi penambahan yang stabil tetapi rancangan ini telah terjejas oleh pandemik Covid-19. Namun demikian, pada akhir bulan November, jumlah kenderaan Proton yang dieksport ke negara lain melebihi jumlah keseluruhan tahun lalu,” katanya dalam kenyataan.

- Advertisement -

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Roslan Abdullah berkata, jualan kenderaan di Malaysia melebihi jangkaan awal tahun dengan kadar keseluruhan industri (TIV) dijangka melebihi 56,000 unit bagi tiga bulan berturut-turut.

Beliau berkata, tawaran akhir tahun biasanya diberi oleh jenama kenderaan adalah faktor kepada fenomena berkenaan ditambah pula insentif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan pelancaran model baharu seperti Proton X50 telah meningkatkan jualan.

“Bagi Proton, tumpuan kami tetap pada kualiti produk dan khidmat pelanggan supaya kami boleh menghasilkan produk serta pengalaman pelanggan yang unggul.

“Kami akui kadar penghantaran Proton X50 masih belum sampai tahap maksima tetapi kami sentiasa berjaga-jaga untuk memastikan pelanggan menerima produk terbaik yang memenuhi harapan mereka.

“Namun demikian, jumlah kenderaan yang dihasilkan akan meningkat tiap-tiap bulan untuk mengurangkan tempoh menunggu dan kami berharap para pelanggan boleh bersabar,” katanya. – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img