spot_img
spot_img

Tak minat guna jurulatih asing

spot_img

Kuala Lumpur: Ketika sukan lain lebih berminat menggunakan tenaga asing dalam barisan kejurulatihan mereka, lain pula dengan sepak takraw apabila meletakkan kepercayaan kepada kebolehan kepakaran tempatan dalam menghadapi musim 2021.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail berkata, pihaknya yakin kebolehan dan kemampuan tenaga pakar tempatan yang lebih memahami situasi dalam pasukan dan kehendak persatuan.

Beliau berkata, walaupun PSM meletakkan sasaran mahu mencipta lebih banyak kejayaan pada musim 2021, namun tidak bermakna perlu menggunakan khidmat jurulatih asing untuk merealisasikan impian itu.

- Advertisement -

“Kita masih meletakkan kepercayaan kepada barisan jurulatih tempatan kerana mereka juga tidak kurang hebatnya dan lebih mengetahui mengenai sukan rakyat ini.

“Selain itu, sepak takraw juga sebenarnya berasal dari negara kita dan untuk itu juga tidak perlu khidmat jurulatih asing pada masa ini,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sementara itu beliau berkata, Liga Sepak Takraw (STL) akan berjalan seperti biasa selepas tamat tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

- Advertisement -

“Sudah tentu kita merancang pelbagai aktiviti dan kejohanan pada musim 2021 kerana ia penting bagi mengekalkan momentum pemain yang sudah lama berehat.

“Setakat ini, tiada pasukan yang menarik diri akibat masalah kewangan, malah mereka tidak sabar untuk beraksi pada STL.

“Tambahan pula, PSM ada memberikan peruntukan kepada pasukan yang menyertai STL, oleh itu tidak timbul masalah kewangan kepada mereka,” katanya.

-Syazwan Msar Arena Metro

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img