spot_img
spot_img

MHC tetap pertahan cadangan anjur liga hoki

spot_img

Kuala Lumpur: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) tetap mempertahankan cadangan untuk menganjurkan Liga Hoki Malaysia (LHM) bermula bulan depan meskipun kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19 masih belum reda.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan MHC, Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh menegaskan, pihaknya sememangnya memahami situasi semasa yang melanda negara ketika ini dan atas faktor itu, prosedur operasi standard (SOP) masih terpakai untuk kejohanan itu.

Bagaimanapun katanya, tarikh liga 8 Januari sehingga 28 Februari baru peringkat cadangan daripada pihaknya dan segala-galanya tertakluk kepada kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN).

“Kita pernah menganjurkan Piala Razak yang turut berlangsung ketika kes Covid-19 masih belum reda dengan lancar. Jadi saya percaya LHM boleh dianjurkan tetapi perlu mengikut SOP ditetapkan termasuk tanpa kehadiran penonton ke stadium.

- Advertisement -

“Kami menyusun jadual untuk LHM dianjurkan pada Januari sehingga Februari kerana itu adalah tempoh biasa yang dianjurkan pada setiap tahun sebelum ini.

“Kami juga perlu mengambil kira jadual pertandingan yang akan diharungi skuad kebangsaan selepas itu,” katanya ketika dihubungi.

Jelas Anil, sehingga kini sebanyak lapan pasukan lelaki dan lima pasukan wanita sudah mengesahkan penyertaan mereka.

- Advertisement -

“Masih ada satu lagi pasukan wanita yang dalam proses untuk dibenarkan beraksi. Bermakna akan ada enam pasukan wanita pada musim baharu nanti,” katanya.

Kebimbangan terhadap penularan Covid-19 menyaksikan pasukan Hockademy lelaki dan wanita tidak menyertai saingan musim depan.

Untuk rekod, skuad Hockademy wanita adalah juara bertahan Liga Hoki Wanita musim lalu.

-Saiful Affendy Sapran Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img