spot_img
spot_img

‘Sekiranya tolak belanjawan, bagaimana nak jelaskan kepada rakyat?’ – Anwar

spot_img
KUALA LUMPUR : Majoriti pembangkang tidak menolak Belanjawan 2021 kerana kebanyakan permintaan mereka untuk menambah baik belanjawan itu dipersetujui Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya belanjawan yang dilihat banyak membantu masyarakat itu ditolak, bagaimana mereka mahu menjelaskan situasi berkenaan kepada rakyat.
Tegasnya, sudah pasti rakyat marah kerana banyak peruntukan untuk mereka tidak diluluskan disebabkan pembangkang memilih untuk menolak belanjawan tersebut.
“Saya faham, Mat Sabu (Mohamad Sabu) kata mandat kita mesti tolak dan Guan Eng (Lim Guan Eng) pun kata perkara sama, tapi saya kata bagaimana kita hendak terangkan kepada masyarakat.
“Bukan saja kita berdepan masyarakat bandar dan kota, tetapi juga desa, luar bandar, juga Sabah yang semua dapat peruntukan tambahan… dan gaji penjawat awam, elaun, subsidi untuk nelayan dan pekerja staf kesihatan.
“Bagaimana kita nak jelaskan? Kita (rakyat) dapat ini, kenapa kamu tolak?,” katanya dalam rakaman video temu bual bersama TheVibes.com.
Tambah Anwar, berdasarkan pertimbangan itulah, beliau memutuskan untuk tidak menyertai undi belah bahagi dalam Dewan Rakyat baru-baru ini.
Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img