spot_img
spot_img

Tyson, Jones sama hebat

spot_img

Los Angeles: Perlawanan pertunjukan kategori heavyweight membabitkan Mike Tyson dan Roy Jones Jr berakhir dengan keputusan seri.

Kedua-dua petinju legenda itu bertarung sepanjang lapan pusingan yang lebih banyak mempamerkan aksi berpeluk berbanding bertumbuk antara satu sama lain.

Tyson, 54, dilihat mencuba sedaya upaya untuk mempamerkan aksi agresif ketika bertinju tetapi akhirnya dilihat kepenatan.

- Advertisement -

Manakala Jones, 51, cuba memperoleh keputusan muktamad selain sering mengelak tumbukan padu daripada Iron Mike.

Selepas tamat perlawanan, Tyson berkata: “Saya berpuas hati dengan keputusan seri kerana saya dapat menghiburkan penonton dan mereka gembira dengan aksi kami.

“Saya amat gembira berada di sini di sebalik kata-kata orang terhadap saya. Tiada siapa yang menjangkakan saya mampu beraksi selama lapan pusingan.

- Advertisement -

“Tetapi anda harus sentiasa mencuba dan itulah sukan tinju.”

Seperti Tyson, Jones juga gembira kerana dapat turun beraksi dan mahu mengulangi lagi perlawanan itu.

“Kami perlu lakukannya sekali lagi. Semua orang menggemari Mike, begitu juga dengan saya.

“Ia adalah perlawanan yang sukar terutama untuk menepis tumbukan padu daripada Mike,” katanya.

-MyMetro Arena

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img