spot_img
spot_img

Pekerja syarikat e-commerce ditahan kerana curi data pelanggan

spot_img

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan di sebuah syarikat penghantaran terkemuka di negara ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin selepas dipercayai terlibat mencuri data pelanggan milik agensi itu.

Suspek berusia 47 tahun itu ditahan selama lima hari selepas hadir memberi keterangan di Ibu pejabat SPRM.

Memberitahu Utusan Malaysia, sumber berkata, pegawai kanan yang bertugas di bahagian e-dagang itu dipercayai mencuri data pelanggan bagi tujuan membuat promosi sebuah syarikat lain dimilikinya yang menjalankan perkhidmatan sama.

- Advertisement -

“SPRM kini sedang mengenal pasti sama ada terdapat penglibatan individu lain di syarikat itu dalam aktiviti mencuri data pelanggan ini.

“Siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img