spot_img
spot_img

Lahir lebih ramai pemain ragbi wanita

spot_img

Kuala Lumpur: Malaysia dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain ragbi wanita hebat pada masa akan datang menerusi Program Pembangunan Ragbi Kebangsaan (NRDP) yang akan dilancarkan awal tahun depan.

Program berkenaan yang akan bergerak seiring dengan pembangunan ragbi lelaki lebih fokus kepada remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun sekali gus membentuk mereka menjadi antara pemain handal pada masa akan datang.

Wakil Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) memaklumkan pengurus operasi program berkenaan akan dilantik bagi mengawasi dan memantau supaya dilaksanakan mengikut perancangan dan matlamat yang dikehendaki.

- Advertisement -

“Sebanyak 32 sekolah di seluruh Malaysia dipilih sebagai Pusat Latihan Daerah (PLD) di mana mereka akan dilatih oleh jurulatih yang berkelayakan, baik jurulatih lelaki dan wanita dengan sasaran 1,500 remaja perempuan menyertai program ini setiap tahun,” katanya.

Kumpulan pertama akan mendaftar di Sekolah Sukan Malaysia Pahang pada bulan Jun 2021 untuk program prauniversiti sebagai sebahagian daripada program ini,” katanya, di sini.

NRDP adalah perintis kepada skuad Remaja Pelapis Bawah 18 tahun dalam usaha memantapkan lagi program bawah 20 tahun wanita tujuh sebelah ketika ini.

- Advertisement -

“Terima kasih kepada pihak berkaitan yang sentiasa memberikan sokongan kepada program pembangunan ragbi dalam usaha memastikan negara menjadi antara kuasa besar sukan berkenaan pada masa akan datang,” katanya.

-Syazwan Msar Arena Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img