TERKINI
Belanjawan 2021 BERITA Politik

Belanjawan 2021: Rakyat sudah muak bermain politik – Ahmad Faizal

November 27, 2020 5:30 pm – zul
KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengakui rakyat sudah muak dengan sikap wakil rakyat yang terlalu bermain politik.
Bagaimanapun, Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ahli Parlimen telah membuktikan sebaliknya apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 lulus pada peringkat dasar di Dewan Rakyat, pada Khamis.
“Alhamdulillah semua ahli Parlimen dapat menjunjung titah Yang diPertuan Agong, malah hari ini saya terbaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara menyebut bahawa Seri Paduka Baginda amat gembira selepas belanjawan negara diluluskan pada peringkat dasar,” katanya menerusi temu bual dalam Buletin AWANI Khas, di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Menteri Besar Perak itu berpandangan, tiada alasan kukuh untuk ahli Parlimen menolak satu peruntukan terbesar dalam sejarah pembentangan belanjawan, yang disifatkan beliau mampu meringankan beban rakyat yang berdepan impak COVID-19.
“Kenapa kita nak tentang perkara baik sebegitu tetapi hari ini saya kira semua ahli Parlimen dan ahli politik perlu menjuruskan pemikiran dan usaha masing-masing untuk memastikan segala yang dihasratkan melalui belanjawan tersebut akan tercapai.
“Maka ada tanggungjawab dalam kalangan ahli Parlimen backbenchers kerajaan ataupun daripada pembangkang dan bebas untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan kementerian dapat menyalurkan program, aktiviti dan juga dana yang seharusnya pergi kepada golongan sasar tercapai,” ujarnya.
Pada Jumaat, RUU Belanjawan 2021 diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang tanpa melalui undian belah bahagi.
Sumber-AWANI

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid