spot_img
spot_img

BESTPAY sasar penyertaan 1000 peniaga dan penjaja untuk Program 4P!

spot_img

Kuala Lumpur , 26 Nov – Bestpay Solutions menyasarkan sekurang-kurangnya 1000 peniaga dan penjaja makanan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Bahru untuk memperkenalkan Program 4P dimana setiap peniaga dan penjaja akan diberi perkhidmatan secara percuma merangkumi Pemasaran , Pembayaran & Penghantaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Bestpay Solution Razwan Ikmal berkata ia merupakan inisiatif mereka bagi memberikan perspektif dan platform baharu kepada peniaga dan penjaja untuk mereka mengembangkan perniagaan secara maya dalam suasana pandemik ketika ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif En. Razwan Ikmal memberi penerangan tentang Program 4P.

“Dalam senario ini, para peniaga dan penjaja hanya perlu menjaga kualiti makanan dan produk mereka sahaja.Manakala pihak Bestpay Solution akan memasarkan dan membuat penghantaran kepada pelanggan.

- Advertisement -

Dengan platform Program 4P memberikan peluang kepada pelanggan membuat pilihan untuk memilih satu lagi platform penghantaran makanan yang baru iaitu Bestpay.Menurut Razwan Ikmal, Aplikasi Bestpay akan berada dalam talian untuk para peniaga dan pelanggan  bermula 14 Disember ini. “Secara kumulatif, 1000 peniaga dan penjaja ini melibatkan kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Bahru untuk 6 bulan pertama.

Bagi maklumat lanjut mengenai Program 4P tersebut, hubungi Bestpay Solution di talian +601123437911.Hanya 1000 peniaga dan penjaja terawal sahaja akan menerima perkhidmatan secara percuma ini.

 

- Advertisement -

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img