spot_img
spot_img

Beri laluan kepada undi tidak percaya jika Belajawan 2021 tidak lulus – Penganalisis

spot_img
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat perlu memberi laluan kepada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri untuk dibentang dan dibahaskan jika Belanjawan 2021 tidak berjaya diluluskan.
Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfiq Yaakub berkata, ia merupakan antara langkah terbaik perlu dilakukan bagi memastikan sebuah kerajaan yang absah atau sah.
“Selain yang boleh dilakukan selepas ini ialah perlu membawa satu undi percaya atau tidak di dewan rakyat bagi memastikan keabsahan kerajaan sedia ada. Ini penting kerana kalau belanjawan itu ditolak, ini menggambarkan kerajaan sedia ada bergelut dengan keabsahan.
“Maka langkah terbaik ialah lakukan formaliti mengemukakan usul undi tidak percaya dan pihak yang mengendalikan sidang dewan itu perlu dengan terbuka menerima usul tidak percaya untuk dibentang dan dibahas di dewan rakyat bagi pastikan wujudnya keabsahan kerajaan sedang memerintah,” katanya kepada Astro AWANI melalui Skype pada Khamis.
Ujar beliau, apabila sebuah kerajaan itu tidak berjaya meluluskan belanjawan, maka secara konvensyen atau moralnya, kerajaan perlu berundur.
Namun, sebuah kerajaan itu tidak terikat dengan konvensyen berkenaan.
“Tindakan seumpama ini pernah diambil sebelum ini dan ia tidak mengikat. Ia bukan sebuah undang-undang yang mengikat, maknanya urusan pentadbiran negara boleh dilaksanakan,” ujarnya lagi.
Beliau pada masa sama, Mohammad Tawfiq berpendapat bahawa kemungkinan ahli parlimen kerajaan mempunyai strategi politik tersendiri kali ini.
“Yang saya musykilnya, ahli parlimen dari kerajaan itu sendiri bersikap menolak Belanjawan 2021. Kita perlu lihat, kenapa mereka menolak. Mungkin ada sebab tertentu.
“Pada peringkat awal, mereka memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, tetapi ahli parlimen kemudian mengubah fikiran. Mereka mungkin bukan menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin , mereka menolak orang di sekeliling Tan Sri Muhyiddin.
“Mereka berasa muak apabila UMNO diketepikan dan meletakkan mereka yang keluar parti pembangkang serta dijadikan orang kanan Muhyiddin,” tambahnya.
Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img