KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini bersetuju untuk memperluaskan pengeluaran skim i-Sinar daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) kepada semua ahli yang terjejas pendapatan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pengeluaran tersebut akan memanfaat lebih lapan juta pencarum berbanding dua juta sebelum ini.
Selain itu, Zafrul berkata kadar minimum pengeluaran turut dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM10,000.
Perkara itu dimaklumkan Zafrul sewaktu sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat petang ini.
Sumber-AWANI
What’s your Reaction?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1