spot_img
spot_img

46% kurang risiko sakit jantung jika lakukan ini

spot_img

Sayangi Jantung Anda!
Serangan jantung merupakan penyakit nombor satu yang menyebabkan kematian iaitu dengan 18,267 pada tahun 2018. Angka ini meningkat 35.3 peratus berbanding 13,503 kematian pada 2017. Purata usia pesakit yang menghidap penyakit jantung ini adalah 58 tahun. Ini jauh lebih muda berbanding negara Asean yang lain seperti Thailand (68), dan Singapura (61).

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada angka ini, contohnya gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, kurangnya bersenam, pemakanan yang berlemak dan berminyak, pengambilan minuman manis yang berlebihan.

Selain itu, pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi, kecing manis dan hiperlipidemia ( tinggi kolestrol ) mempunyai risiko yang tinggi untuk terkena serangan jantung.

- Advertisement -

Apabila saluran darah ke jantung tersumbat akibat plak kolestrol, sel jantung akan mati dan seterusnya kebanyakan pesakit akan mengalami sakit dada sama ada di tengah ataupun sebelah kiri dada.

Namun untuk pesakit yang menghidap kencing manis dan warga emas, simptomya mungkin berbeza. Pesakit juga akan mengalami sesak nafas, rasa loya, kebas di bahagian leher, bahu dan lengan kiri ataupun muntah. Oleh itu, jika anda mempunyai simptom-simptom ini, adalah penting untuk mendapatkan rawatan segera kerana ia boleh menyebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi, seterusnya boleh membawa maut.

Hal ini disebabkan darah tidak dapat disalurkan ke organ-organ penting seperti otak, buah pinggang dan paru-paru.
Banyak langkah yang boleh kita amalkan untuk mengelakkan dari terkena serangan jantung, contohnya seperti mengamalkan pemakanan yang sihat seperti mengurangkan makanan yang berlemak, kurangkan pengambilan garam dan gula dan banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan.

- Advertisement -

Kita juga hendaklah bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20 minit. Dengan bersenam, kita boleh membakar lemak-lemak yang berlebihan dan mengelakkan saluran darah kita dari tersumbat.

Bagi pesakit yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi serangan jantung, anda haruslah kerap membuat pemeriksaan kesihatan, sekurang-kurangnya setahun sekali. Pemeriksaan kesihatan merangkumi bacaan tekanan darah, tahap gula dan kolestrol dalam darah, ECG dan ujian tekanan jantung.

Jika doktor anda mengesan sesuatu yang tidak normal, kemungkinan anda akan dinasihati untuk menjalani ‘echocardiography’ ataupun ‘cardiac angiogram’ untuk melihat struktur dan saluran darah jantung.

Kajian terbaru yang telah diterbitkan di “The New England of Medicines” mendapati bahawa risiko seseorang yang mempunyai sejarah keluarga penyakit jantung, risiko untuk menghidap penyakit jantung ada dua kali ganda berbanding dengan orang biasa.

Namun begitu, kajian ini juga mendapati risiko ini akan kurang sebanyak 46 peratus jika mereka mengamalkan 3 daripada 4 tips ini iaitu berhenti merokok, bersenam, mengamalkan pemakanan yang sihat dan terakhir sekali berat badan yang ideal.

-Dr. Razreen Amim Rusli-

Pegawai Perubatan KKM

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img