spot_img
spot_img

Muhyiddin masih Perdana Menteri

spot_img

KUALA LUMPUR: “Tetapi Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tolak. Anwar tidak mahu saya terlibat sama sekali. Tetapi jika saya tidak diberi tempat, penyokong saya tidak akan sokong cadangan Pakatan Harapan (PH). Lagi pun agak sukar mencari tiga orang lagi untuk mendapat majoriti”.

Itu kenyataan terbaharu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kegagalan PH untuk mengambil semula pentadbiran kerajaan Persekutuan daripada Perikatan Nasional (PN).

Dr. Mahathir berkata, gerakan menumbangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diusahakan blok pembangkang dan kem Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bersetuju untuk turut serta.

- Advertisement -

Namun, katanya, Anwar tidak membenarkan penyertaan Pejuang dalam gerakan tersebut yang mana sebelum itu dicadangkan Dr. Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri selama enam bulan sebelum melepaskannya kepada Anwar.

Ujarnya lagi, kepemimpinan Parti Amanah Negera (Amanah) dan DAP telah bersetuju dengan cadangan berkenaan.

“Pengakuan saya untuk serah jawatan kepada Anwar selepas enam bulan tidak diterima atau dipercayai oleh Anwar.

- Advertisement -

“Rancangan yang munasabah adalah apabila Dewan (Dewan Rakyat) bersidang, jika PH mempunyai cukup bilang, Muhyiddin boleh dikalahkan semasa belah bahagi dengan pembangkang mempunyai 114.

“Apa yang berlaku adalah Muhyiddin masih dapat 112 dan tidak dapat dijatuhkan semasa perbahasan berkenaan pelucutan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat. Ini bermakna Muhyiddin menang dan kekal sebagai Perdana Menteri. Anwar kalah dan tidak jadi Perdana Menteri,” katanya menerusi catatan di laman blognya hari ini. – UTUSAN ONLINE

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img