spot_img
spot_img

Virus COVID-19 dikesan di Itali sebelum dikesan di China – Kajian

spot_img
VIRUS yang menyebabkan jangkitan COVID-19 dipercayai mula tersebar di Itali pada September 2019, lebih awal berbanding tarikh ia mula dikesan di China, menurut kajian Institut Kanser Negara (INT) Milan.
Hasil kajian yang diumumkan pada hujung minggu lalu itu mendapati 11.6 peratus daripada 959 peserta ujian kanser paru-paru sekitar Sept 2019 hingga Mac 2020, didapati telah menghasilkan antibodi terhadap COVID-19.
Kajian oleh Universiti Siena yang dilakukan susulan dapatan itu pula membuktikan, antibodi berkenaan turut dikesan pada empat kes positif COVID-19 yang dilaporkan pada bulan Oct 2019.
Giovanni Apolone, penulis bersama kajian tersebut memberitahu Reuters bahawa hasil kajian itu membuktikan bahawa virus tersebut telah tersebar di Itali seawal-awalnya bulan September.
Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih meneliti informasi berkenaan bagi mengesahkan kenyataan itu.
Sebelum ini, WHO mengumumkan virus COVID-19 yang telah menyebabkan sekitar 54.2 juta jangkitan di seluruh dunia, mula dikesan di Wuhan, China akhir tahun lalu.
Namun, WHO tidak menolak kemungkinan virus itu tersebar di tempat lain tanpa dikesan.
Itali melaporkan 1.18 kes positif COVID-19 dan lebih 45,000 kematian setakat Isnin.
Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img